|
PADA permulaan
abad terbaru, Chen Huaide - dengan
pengamatan mendalam di bidang
perniagaan - nampak akan
peluang-peluang niaga menggunakan
kaedah
e-dagang. Tanpa menoleh ke belakang,
beliau mengorak langkah berani
melahirkan Hong Kong Winalite
International E-Commerce Co. Ltd dan
Shenzhen Winalite Technology Co.
Ltd.
Dalam tempoh
singkat, Winalite berkembang pesat
memartabatkan e-dagang dengan terma
dan kaedah yang disebut Winalite
Model, Winalite Effort, Winalite
Speed dan Winalite Myth bagi
menggantikan sistem korporat dunia
yang sedia ada.
Winalite
International muncul sebagai sebuah
syarikat yang pakar dalam
penyelidikan dan pengembangan, (R&D)
pengeluaran, termasuk pemasaran
produk tuala wanita. Penghasilannya
melalui R&D yang ketat dan keupayaan
ini menjadikan ia syarikat paling
tersohor baik di peringkat nasional
mahu pun global.
Pasukan R&Dnya
dianggotai pakar berpengalaman,
terlatih dan saintis terkemuka
bertaraf dunia. Dengan keluasan
tapak kilang 100,000 meter persegi
yang dilengkapi 60 mesin automatik,
ia dapat mengadunkan pelbagai bahan
mentah bagi menghasil tuala wanita
yang memenuhi piawaian antarabangsa.
Dengan prasarana itu, syarikat mampu
mengeluarkan 3 bilion tuala wanita
setahun dengan kualitinya mencapai
piawaian antarabangsa.
Hasil keluaran
yang dinamakan Love Moon Anionic
sekaligus meningkatkan pandangan
bahawa tuala wanita hanya sebagai
pelindung kepada tanggapan ia lebih
kepada penjagaan kesihatan.
Sebagai syarikat
multinasional dengan moto
‘menghasilkan jenama bertaraf dunia
untuk semua orang & ‘menghasilkan
produk terbaik untuk hidup seharian’,
Winalite International berjaya
meletakkan dirinya di persada dunia
dalam teknologi kesihatan dengan
mengukuhkan model perniagaan secara
e-dagang serta melantik agen-agen di
peringkat regional.
Dengan kemampuan
yang luar biasa itu - para elit
dalam bidang pemasaran yang
berkebolehan tinggi dalam bidang
teknologi kesihatan dan e-dagang –
membuatkan Winalite International
menembusi pasaran dunia dengan mudah.
Setakat ini
Winalite International berjaya
membuka cawangan di lapan negara,
antaranya Malaysia, Singapura,
Indonesia, Filipina, Thailand, Jepun,
Hong Kong dan Taiwan. Namun begitu
produknya telah lama berada di lebih
50 negara terutama Asia Tenggara, di
Amerika Selatan dan Eropah.
Setakat ini,
syarikat memiliki karyawan 160
dengan lebih 400,000 rakan niaga di
seluruh pelusuk dunia.
Apabila Winalite
pertama kali diperkenalkan, Chen
Huaide telahpun menetapkan
halatujunya – menjadikan Winalite di
antara 50 syarikat terkemuka dunia.
Dan kini syarikat sedang menuju ke
arah itu dengan diterajui oleh
mereka yang sangat berpengalaman,
berpengetahuan, komited dan
bertanggungjawab.
Lebih daripada
itu, mereka sanggup berkorban dengan
berpegang pada visi syarikat yang
cukup jelas – membantu semua orang
ke arah kehidupan sihat serta
melahirkan rasa kecintaan sesama
manusia. Di samping itu berhasrat
memberi peluang mengembangkan karier
masing-masing dalam bidang
perniagaan melalui produk kesihatan
serta meningkatkan budaya korporat
yang tinggi nilainya. Syarikat juga
berpegang kepada asas-asas teknologi
yang sekaligus menjurus ke arah rasa
cinta sesama insan.
|